Kena Marah

bismillahirrahmanirrahim....


(google)

hello, 2016. maaf saya lambat. dah January 18 (by the time you read, it already January 19) baru nak update blog yang lama bersawang dah ni. sungguh cakap ni, saya busy sangat sangat sangat sangattttt. stress pun terselit di celah kehidupan. tapi, takpe lah. kalau kehidupan takde stress stress ni, takde lah kita nak improve kan diri kita ye dak?

so, sekarang ni saya dah masuk semester 4. ya, masih diploma. masih di bawah fakulti sains kesihatan, masih di dalam course occupational therapy/pemulihan carakerja (kalau tak tahu boleh search), masih anis yang sama.

jadi, sepanjang masa yang saya tak update blog ni, sangat banyak perkara dan kejadian yang berlaku. Alhamdulillah, saya dah lepas practical kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah. ya, practical pada mulanya adalah satu perkara yang sangat saya takut. takut kena marah, takut buat salah, takut tak perform nanti. macam macam keluar dari kepala ni. tapi, bila fikir fikir balik, bila kena marah lah baru kita sedar yang apa kita buat selama ni salah.

F- First
A- Attempt
I  - In 
L- Learning

haaaa faham tak?

jadi, sejak di univ ni banyak sangat perkara yang saya belajar. belajar menjadi yang lebih dewasa, sentiasa berfikiran terbuka. yela, masa iolss kecik kecik, kena marah sikit, iolss marah orang tu balik sebab tak puas hati. hehehe.

masa saya sem1, saya ingat lagi. pertama kali digalaskan dengan tanggungjawab. yela, sem 1 kot. masih blur blur ayam. haha. I masuk BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) okeh. yang pada mulanya saya memang tak sangka yang saya akan masuk BSMM seumur hidup saya. tapi, BSMM jualah yang terpaksa di pilih, dan menjadi ahli seumur hidup. I ada kad ahli okay, di iktiraf ehemm. so ceritanya masa tu saya jadi ketua detachment untuk class saya. so, ketua ketua detachment dan lain lain yang ada jawatan tu kena buat program. jadi, saya jadi biro makanan untuk program tersebut. jadi sebagai biro yang berwibawa, saya pun jalan kan tugas saya, cari pakcik pakcik yang boleh tolong buatkan makanan and nak settle kan semua budget. program tinggal lagi seminggu, jadi saya lebih bersemangat. saya pun call Puan saya. cakap makan semua ni saya nak settle kan dah, just nak mintak kebenaran dia boleh ke tak. ingat kan kena puji ke apa, sekali hmmmmm. kena marah. rupanya dia dah pun order makanan apa semua. tapi, takpe, walaupun rasa down sikit, saya tetap bersemangat lagi. saya pun cancel kan dengan pakcik yng mula mula saya booking tu. hmm, takpe saya redha.

jadi selepas saya pro jadi biro makanan, next program pada semester seterusnya pun saya jadi biro makanan. bezanya, under saya akan ada orang yang akan tolong saya. sebab program ni degree punya, jadi kami kena lah buat bersungguh sungguh. jap, apa kena mengena degree dengan bersungguh sungguh? haha. okay, lepas tu saya pun order la apa yang patut, imbangkan dengan budget, pastikan berapa orang yang datang supaya tak lari dengan budget dan tiada pembaziran makanan. pun sama, tetap ada masalah. saya ingat saya dah pro, jadi tiada masalah. sangkaan saya meleset sekali.
masalah:

  1. makanan sampai lambat. haihhhh nak marah pakcik tu pun tak boleh jugak.
  2. makanan tak cukup -,-
  3. tiba tiba ada yang menyelit kata tak dapat makanan walaupun dah confirmkan dalam meeting jumlah sepatutnya yang perlu hadir.
  4. kami biro biro ada yang tak makan sebab utama kan pelajar yang masih belum dapat makanan.
ini Malaysia, jadi makanan tu sangat penting. so, kalau ada salah dan silap pada makanan, jari semua tunjuk pada siapa? biasalah, manusia. jadi, saya down sekali lagi. tapi takpe saya masih bertabah.

semester 3, saya letak jawatan secara em tak rasmi kot. haha. saya nak rehat masa sem 3 tu, jadi saya mengelak untuk mengalas apa apa tanggungjawab (maap). hehe. so, saya hanya jadi participator sahaja dalam setiap program yang dilancarkan. saya support kawan kawan saya.

banyak lagi sebenarnya kalau nak diceritakan pasal kejatuhan ni. bukan setaka cerita dia atas, saya pernah kena marah dengan lecturer, kena marah dengan therapist masa practical, kena marah dengan kawan saya sebab saya gelak kuat sangat hahahahhahahhahaha okay, tapi takpe. saya tahu orang orang yang marah saya sebenarnya sayang saya.

so semester 4 ni saya pegang banyak sangattt tanggungjawab. saya harap takde apa apa masalah. please lah.

Comments

Popular Posts