Cerita Kakniss

my blog now is totally different. Ya, i know. Menyesal (sikittttt) pergi tukar but ok whatt kann
.
OMG lama nya tak update blog niiiiiii
.
Beberapa minggu lepas, aku baru saja tamat belajar. Ok cliche nya ayat aku. ha ha

Yassssss! Aku dah habis belajar!! Ia bermakna, tiada buku, tiada nota, tiada exam paper, tiada test, tiada case study, tiada viva. Yassss!!!

But, of course aku akan merindui zaman diploma aku. Anis amik course apa? Saya ambil course Occupational Therapy. Apa tu? Boleh click sini dulu dan kemudian sini sebab anis baru je (tak la baru mana) terangkan pasal course ni. Might be bored bagi mereka yang tak minat nak tahu pasal OT (OCCUPATIONAL THERAPY) but at least baca la kannn.

Tapi kan, dah habis belajar pun susah gak. Fikir mana nak kerja, mana nak dapat duit bayar ptptn tu haa. fikir masa depan lagi. Serabutnyaaa. Ni bukan la kakniss nak luah kan perasaan ke apa, Tapi ni la yang kaknis rasa sekarang. Buttttttt however, i have my wonderful people around me. Well at least i know im not alone. Huhu

Post ni saja la kan nak update pasal diri Kakniss. Mana tau ada orang yang nak tahu pasal diri ku ini. kahh

Kakniss baru ja habis practical hujung bulan lepas. Kakniss dapat practical kat mana?
Ok masa sem 3, kakniss dapat kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Semester 4, kakniss di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak Melaka
Dannnn semester last ni kakniss dapat kat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haa nama semua kemain kan. Kakniss pun masa awal2 tu takut gak la. Kalau artis2 selalu ada stage fright. Kakniss ada practical fright. Nama apa pun yang ada practical, sumpaa Kakniss cuak gila. Time tu la rasa nak muntah, nak pergi toilet, nak gerak sana sini, nak jalan2 la. Walaubagaimanapun (semua rapat ke ejaan ni? Kakniss selalu taktau) kakniss dapat menjalaninya dengan baikkkk sekali.


ni masa last day, Kakniss pun berani la pakai baju biasa. Sebab dah dapat markah. hahahahahah. K tu Kakniss gurau jaa (harap2 kalau therapist ada baca, anis gurau je ye. hihi)


rakan2 seperjuangan Kakniss selama 4 bulan di sini. 
Kakniss kalau dalam gambar selalu spoil. Hm

Lepas je habis practical, kami pun pulang la ke rumah masing2 dan happynyaaaaaa dah habis!!!!
Maksudnya ktorang dah boleh kawin. Hahaha. 

Lepas seminggu lebih, Kakniss perlu pulang ke UiTM Puncak Alam yang terchintaaa sebab ada Kemahiran Insaniah (KI) dan dinner. KI ni wajibbbbb untuk semua student. Dia ada peringkat dia. Ada beberapa KI la. Tapi maybe adik2 yang nak masuk UiTM sekarang takde lagi kot sistem KI ni. Sebab dimaklumkan sudah dimansuhkan. Jadi, batch ktorang je yang last dapat KI. Dan last KI namanya adalah 'Finishing School'. Dimana kita akan di ajar macam mana nak buat resume, interview, didedahkan tentang alam pekerjaan dan sebagainya.


Dinner!!!! Malam Pra-Graduasi (MPG) ke Majlis Pra-Graduasi? Hm

Ok, bertemakan Suatu Zaman Dahulu Kakniss jadi Nekniss. Hahaha. Makanan superbbb sangat. Ala2 kampung gitu. Tapi Kakniss ingat tema dia Once Upon A Time dan Kakniss bersemangat nak jadi WitchAnis tapi silap pula. Lepas tu Kakniss pun gigih la cari kasut ala2 orang dulu2 bersama hati Kakniss yang ke hulu hilir teman carikan kasut dari satu kedai ke satu kedai dan setia mendengar bebelan Kakniss sebab susah nak jumpa kasut yang berkenan di hati. Akhirnya jumpa dan murah jeee (RM10) sampai sekarang masih pakai. Tolong la jangan koyak. Dannnn dah semangat kasut dah jumpa apa semua, tiba2 Kakniss difahamkan dinner kali ni kena buka kasut untuk masuk ke dalam dewan. Maka Kakniss pun pasrah. Nasib baik saja Kakniss tak pinjam terompah dari nenek Kakniss.

Ok itu la cerita dia. Bye.
Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts