Apa tu Occupational Therapy?

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa tu aku dok termenung sorang-2 pastu tiba-2 termonolog, kejap je dah nak sem 2.
Yes, sekarang tengah cuti sem. Sebulan lebih je pun.

[cehh anis. baru haritu update, harini update lagi? haha. ko ingat senang ye nak curi masa walaupun masa banyak je nak update blog ni?]

kadang-2 aku dihadiri dengan orang sekeliling (tak kisah la di alam maya mahupun reality) yang suka tanya, Occupational Therapy tu apa? kadang nak menyebutnya pun payah. macam mama aku, apa anis? aku-pe-sye-nal terapi ea? kadang-2 kawan mama tanya mama tak reti nak sebutnya. hailaaa dah kenapa la dengan course aku. tak tak. jangan salahkan course yang suci tak berdosa. jadi sebagai one of the students dalam course ini, saya nak kenalkan lah ye apa itu Occupational Therapy (OT).

susah tau nak ambil keputusan nak publish entry ni ke tak. ye laa, kite ni baru je habis sem 1. tak sampai pun sem 5/6 lagi. ilmu takde la cukup mana. takat tahu dasar-2. tapi Inshaa Allah berbekalkan ilmu yang sedikit di dada dan OTPF (Occupational Therapy Practice Framework), segala nota-2 lecturers bagi, buku-2 tebal, mari saya terangkan.

Occupational therapy is the art and science of helping people do the day-to-day activities that are important and meaningful to their health and well-being through engagement in valued occupations.

Dalam bahasa kasarnya. OT ni dia akan membantu orang-2 disable (orang kurang upaya) atau yang ada injuries selepas accident ni semua untuk treuskan kehidupan dia macam biasa. 

berbeza ye dengan fisioterapi. sebab selalunya orang akan cakap ooo. fisioterapi le tu. tak pun, ooo. macam fisioterpi eaaaaaa? tak kak, dik, bang. sangat berbeza.

kami, OT, akan teruskan perjuangan si client/pesakit sehingga dia dapat mencapai targetnya. more pasal kehidupan manusia. pekerjaan, apa yang selalu mereka buat. dan segala aktiviti kami, yang dipanggil therapeutic activity/aktiviti teraputik sangat-2 membantu client dan kelebihannya adalah aktiviti-2 tersebut tidak membosankan! kami akan menggunakan aktiviti-2 yang creative yang supaya mereka tak kan rasa kebosanan sepanjang treatment dijalankan. sebenarnya banyak ye aktiviti-2 yang kita selalu buat, tapi kita tak tahu kebaikannya. haaa. masuk OT then nanti kau akan tahu segala aim/ tujuan sesuatu aktiviti tersebut.

pernah jugak aku dengar, OT ni akan bercakap dengan pesakit psychiatric. tak semua ye anak-2. ada cabang-2 nya. tapi yes, OT Inshaa Allah mempunyai kelebihan untuk bersama dengan pesakit-2 seperti berikut untuk bantu dia. itu sebab seorang OT mempunyai sifat-2 yang tertentu.


  1. peramah
  2. pandai berkata-2
  3. creative (think out of box)
  4. berani
  5. pandai selesaikan masalah
  6. cari sendiri
OT sangat-2 diperlukan di Malaysia. ye, serious ni. kat luar negara je sekarang ni ramai OT tapi Malaysia, tak. and Inshaa Allah luas pekerjaannya. dah nama pun diperlukan.

sesiapa yang suka budak-2 pun boleh terjebak dalam OT jugak. macam aku, dulu konon-2 taknak masuk IPG. dapat interview pun Pendidikan Awal Kanak-Kanak. pastu bila dapat result, tak dapat masuk IPG, siap menangis mengadu kat housemates. haihh. tapi jangan risau. OT ada bawah pediatric. mama aku pun masa baru balik dari krusus, dalam mesyuarat ada sebut pasal OT. siap ajukan kepada mama. nasib baik dia tak tanya mama lagi nama course yang anak dia ni amek.

till we meet again.

Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts