Berjimat Demi Masa Depan

Assalamualaikum..

Hai, apa khabar? sebelum terlambat lagi walaupun memang terlambat pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada amda semua walau di mana anda berada ataupun dengan siapa anda berada,

dari kecil mama ayah ajar saya untuk hidup susah. i mean like, belajar usaha sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. mengikut pemerhatian saya sendiri, kanak-2 zaman sekarang (bukan semua, BUKAN SEMUA) sangat dimanjakan. nak, mintak saja, dah dapat. masa umur saya 12, saya tak pandai pakai segala smartphone yang ada. bukan kata smartphone lah, handphone biasa pun saya tak reti apa functionya (hahahahhahaha) tak, saya serious ni. mungkin peredaran zaman sekarang kan, memang tak dapat dinafikan sangat meningkat. tapi kalau meningkat sejajar dengan pemikiran manusia bagus juga. hm.

saya pernah sekali, takde duit nak makan. maksud saya bukan lah langsung takde tapi tidak mencukupi. (masa tu still tak apply ptptn sebab saya tak nak hahaha tapi dah apply ni kadang rasa membebankan pun ada sebab saya ni jenis fikir masa depan sikit) boleh je nak minta mama ayah tapi, saya ni penyegan sikit kadang, jadi, saya pendamkan saja dan pakai je lah apa yang ada. nasib baik masa tu nak akhir semester dan nasib baik jugak ada kawan-2 yang membantu. hahahahhahaha more pada buli mereka sebenarnya suruh ambil nasi and lauk banyak-2 lepas tu setiap sorang kena bagi saya sikit. jadi, saya jarang spend duit untuk beli makanan semata-mata. walaubagaimanapun, saya tetap berhutang budi pada mereka sampai sekarang. terima kasih dan sila terharu sebab aku buat appreciation post untuk korang kat sini.

sejak daripada tu, saya ajar diri saya untuk tidak boros sebab saya rasa kadang-2 saya ni pemboros sikit. hehe. pergi shopping dengan kawan-2 ke, saya ada penolong saya, Zureen yang akan sentiasa tanya sama ada barang yang saya nak beli tu keperluan atau kehendak. haha. dok malaysia sekarang sangat tough jadi bertabahlah. selain daripada jimat, tak nak keluar duit banyak-2, saya jugak ada buat income sikit. sikitlah, tak banyak. tapi alhamdulillah sangat membantu. itu sebabnya Islam sangat menggalakkan kita untuk berniaga sebab 90% punca rezeki kita datang daripada perniagaan. tak kisahlah kecil atau besar. dan yang paling penting semestinya halal dan jujur ya semasa berniaga. baru berkat. (dulu pernah ada cita-2 nak jadi businesswoman tapi hampeh hahahaha). selain perniagaan tadi, saya juga menabung. ni bukan nak berlagak ni. nak mengajak je. hihi. jadi marilah kita menabung teman-2. kalau macam saya, saya suka kumpul duit syiling. walaupun 5 sen. hehe. lepas tu senang nak beli air yang 1 liter doplosen hahaaha.

semakin lama hidup kita semakin susah. lagi-2 zaman kita sekarang ni. jadi saya selalu ingatkan diri sendiri duit ni makin lama makin susah nak cari. selagi ada, selagi tu lah kena simpan buat masa depan. mana kan nak bayar segala macam benda nanti. makin dah besar ni jugak dah faham erti hidup. lagi-2 bila dah semuanya kena berdikari sendiri. sebab selalunya (dulu) saya bergantung pada mama ayah je. tak rasa sangat jadi dewasa tu macam mana. dah kena through pengalaman yang ada, baru tahu susahnya lahai. jadi, pahatkan dalam ingatan bahawa kehidupan akan lebih mencabar. marilah berjimat. terima kasih.

Comments

Popular Posts