Kakniss Kerja Apa?

Asslamualaikum..

Dan nak dekat sebulan, sejak kali terakhir Kakniss update blog ini.
Jadi apa khabar para pembaca Kakniss? Haluuuu.

huhu.

Jadi sebelum ni, kat post Kakniss yang lepas iaitu GARANG atau LEMBUT? II, Kakniss ada mention yang Kakniss busy sejak akhir2 ni sebab Kakniss kerja tapi dah berhenti. Hahahaha.

K, Kakniss nak cerita lah ni. Kakniss habis practical je, Kakniss dah ada mind set yang Kakniss nak kerja OT (Occupational Therapist) kat negeri lain selain Melaka. Sebab? Kat Melaka Kakniss cam tak best sangat sebab tak selalu keluar. So Kakniss punya la harap dapat kerja kat sana. Lagi best kalau dapat dengan member. Yela, dapat la rasa macam dah dewasa sikit. Dah kerja, dok rumah sewa, masak sendiri, kerja pulak dengan member, dapat gaji, bayar itu ini pastu pergi shopping dengan kawan. Tak ke syok tu.

Jadi bila dah ada mind set begitu, Kakniss terus susun schedule Kakniss. Kakniss jenis yang suka plan, sebab tu Kakniss tiap tahun kelam kabut cari planner yang simple dan murah. Dulu Kakniss malas nak tulis dalam buku, so planner Kakniss dalam handphone je. Bila fon rosak, menangis tak berlagu. huhu. Percaya la, Kakniss nak tengah taip ni pun Kakniss tengok planner Kakniss sebab nak ingat balik bila Kakniss habis practical, start kerja dan sebagainya. Selain boleh plan macam2 dalam planner, Kakniss juga jadikan planner as diary Kakniss.

Kakniss habis practical March 24th. Jadi, Kakniss decide untuk ambil masa sikit sebelum start cari kerja. Yela, Kakniss nak gak ada 'me time' untuk diri Kakniss. So, dalam masa 2 minggu lebih, Kakniss uruskan urusan kolej dan spend time masa Kakniss dengan kawan2 Kakniss sebagai tanda appreciation Kakniss. Lepas tu nak cuti lama, mana nak jumpa dah. Letih memang letih gila. Kakniss dan Zureen (teman sepanjang berjalan dari awal sampai akhir) jalan non-stop. Ya, non-stop. Kakniss kalau bab jalan, Kakniss tak kisah la nak jalan berapa lama pun, window shopping ke, Kakniss ok je. Kakniss memang jenis tak kisah nak kena overnight ke, tidur surau ke, (tak mandi pun pernah. lol) sebab Kakniss percaya, tu pengalaman Kakniss yang mungkin Kakniss tak akan lalui lagi sebab mana tau dah kawin dah beranak pinak. hahaha. Mungkin lahh.

Ok ok dah. Lepas dua minggu, Kakniss siapkan resume dan hantar lah ke OT center yang ada, mostly kat Selangor, KL, PJ, dan pilihan terakhir, Melaka. Memula Kakniss macam tak yakin gila dengan resume Kakniss, sebab satu je, Kakniss takde pengalaman kerja. Memang takde. Then Alhamdulillah, Kakniss dapat call dan email untuk interview kat tempat yg Kakniss hantar. Tapi, Kakniss tak pergi. Sebab? Hati masih berbelah bahagi sebab ada orang tuu cakap 'jauh lagii?' dengan penuh kekecewaan. Haha. Selain tu, Kakniss juga fikir bulan puasa dan raya (berfikir panjang)

Kakniss sangat paranoid sebab dah 2 minggu kat rumah dan still takde kerja. So, Kakniss cari tadika2 yang ada dekat2 area dengan rumah Kakniss. Siap hantar resume, Kakniss tunggu. Dah masuk minggu ketiga, Kakniss call tadika2 semua cakap dia taknak yang kerja sekejap. Jadi, Kakniss kecewa. Tiba2, hari tu jugak, Kakniss dapat tawaran kerja kat Taska, jadi cikgu kat sana. Kakniss kerja sana, lepas masuk minggu kedua, Kakniss quit sebab sumpahhh penat. I need to jaga budak ramai2. Can you imagine? Me? Kakniss memang tak boleh in dengan budak ramai2 ni. Setakat sorang dua tu boleh lah.

Dan, nasib baik, lepas je Kakniss quit, Kakniss dapat interview di salah sebuah tempat di Melaka dan akhirnya I won the job as an Occupational Therapist. So, best lah sikit dari Taska tadi sebab kita kerja dalam bidang sendiri kan, lepas tu session one to one, macam kat hospital. So why nott. Tapi, memang tak dinafikanlah. Penat. Tapi Kakniss teruskan jugak demi pengalaman sebab Kakniss sedar, Kakniss masih belum ada lagi pengalaman yang cukup.


Jadi, Kakniss nak simpulkan, dari cerita kat atas sampai lah kebawah, Kakniss sangat mengambil iktibar dalam diri Kakniss sendiri. Apa yang kita nak, tak semestinya kita akan dapat secepat apa yang kita boleh bayangkan. Kakniss memang nak sangat kerja OT sebab Kakniss nak cari apa yang Kakniss boleh dan apa yang Kakniss tak boleh dalam bidang ni. Kakniss nak dalami diri Kakniss dalam bidang ni. Pernah satu kawan Kakniss kata, sementara ni kerja je biasa2, mana yang ada. Kakniss pun terfikir macam tu jugak tapi Kakniss tak akan berhenti berusaha. Sampai lah sekarang, Kakniss masih belajar apa yang Kakniss dapat. Sebab Kakniss tahu, Kakniss belum lagi capai cita2 besar Kakniss. Kakniss kumpul dulu apa yang sepatutnya. Ni baru baby step. You go girl!

Hakuna matata.

Love,
Kakniss.

Comments

Popular Posts