Buat Yang Rindu...

Buat students yang kejauhan dari keluarga, yang merindui orang tuanya. There's a song for you.
You need to hear this.

I cried, alone in my room and suddenly my friend (Zureen) laughed at me. hahahaha it's not funny when someone seeing you cry emotionally for a song lah Zureen!! kuajaqqq!

mungkin tak akan dengar lagu ni kalau buka pakai handphones/smartphone. P bukak pakai PCs or laptop engkorang. hehe. I'll change the song after 1 week (atau bila teringat hihi)

Jadi, inilah;
Biar by Fynn Jamal

Mata tua yang memandang aku itu,
bundar
pudar.

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya.
'biar'
katanya, 'biar'

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut,
khabarkan yang jujur dan ujar apa yang menyerabut.

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu,
aku kan lemahmu,
perikan penatmu,
kisahkan jerihmu.
aku mahu tahu

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu,
harum.
senyum.

Dipukau aku nan terus terpana dan terdiamkan,
'biar',
katanya, 'biar'.

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali.
izinkan aku menumpang bahu,
berikan aku seperca dari beban kamu.

Wahai ayahanda lihatlah aku berlari kini,
melompat tinggi.
setiapnya kerna kau tak pernah pergi.

Apa amsih ingat lagi aku suka berlari-lari?
kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati.

Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja.
sahabat lebih berharga.

Apa mampu sudikan ampun maafku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?

Apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati.

Kau sungguh paling tinggi.
istanamu syurga nanti.

Ayahanda beta,
Kekasih beta.


Comments

Popular Posts