Merisik dan Tunang

Hello everyone! Assalamualaikum!

Tujuan entry kali ni adalah untuk kenangan kaknis. Mungkin akan ditunjukkan kepada anak2 kaknis. Hehe. Kaknis simpan dulu dalam draf. Nanti lepas kawin ke, kaknis publish ok! Kalau korang dapat baca tu maknanya kaknis dah publish lah tu.

8/6/2020

Tiba2 buah hati kaknis, irfan, nak video call. Rupanya nak nyatakan hasrat untuk hantar rombongan untuk merisik. Bergenang sikit air mata. Dalam hati rasa tak sangkanya. Aku dah nak kawin ke!!!???? Gituh! Maka sesi mencari size cincin bermula. Kaknis memang tak ambil port sangat pasal size cincin ni dulu. Kaknis terus Whatsapp kawan kaknis untuk tanyakan pasal cincin.


26/6/2020

Keluarga pihak lelaki kecuali irfan dah datang! Kaknis memang serahkan semuanya pada orang2 tua kaknis (parents, nenek2, makcik2, pakcik2). Jadi mereka lah yang  berbincang. Kaknis tak berapa dengar sebab kena duduk bilik. Keluar untuk hantar makanan dan salam2 saja. Macam orang dulu2. Hehe.


Tetamu yang hadir dari keluarga terdekat saja.

2/8/2020
A day before my birthday. Masa ni kaknis tengah praktikal lagi. Nasib baik dalam Melaka juga. Jadi, takdelah rush ke sana sini siapkan persiapan tunang. Majlis tunang kaknis biasa2 je. Cuma jemput ahli keluarga yang terdekat dan beberapa orang kawan kaknis. Acara2 penting saja. Tukar hantaran, sarung cincin dan makan2 untuk tetamu. Sama macam merisik, Irfan pun takde masa majlis tunang. Cukup la tetamu tengok kaknis je. Bakal suami nanti tengok masa kawin eh. Hehe.

Suasana semasa majlis. Perbincangan orang2 tua. 

Sarung cincin oleh ummi.

Kali ni baru kaknis dapat keluar tengok semua orang. Cadangnya nak sarung cincin dalam bilik je. Tiba2 tukar plan sebab Tok Sidang suruh keluar. Hehe. Gelabah kaknis cari nak duduk mana masa sarung cincin. 

Bersama ummi and makcik-makcik Irfan. I feel so loved!


My super backbones, Mamayah. (rindu pulak)

Punya la semua busy, family photo pun takde. Rasanya ni lah paling ada pun. Aina hilang entah ke mana.

Girl squad from cucu cucu Nek Kiah. Incomplete but most of them ada. Hehe. Harapnya masa kaknis kahwin nanti semuanya ada. (updated: tak dapat kumpul pun! sedihnya)

Schoolmates from high school. Thank you so much for coming!

My forever pari-pari. Kebetulan semuanya praktikal kat Melaka masa ni. Alhamdulillah for the best plan Allah gave me. My dear pari-pari, thank you so much for helping me and family masa majlis ni. I wish all of you guys ada masa aku nikah nanti. Plishhhh!

Alhamdulillah, majlis kaknis berjalan lancar. Masih mengikut SOP yang ditetapkan. Buat majlis masa zaman Covid19 ni banyak betul benda yang kena fikir. Tapi Alhamdulillah, Allah eased everything. Kaknis masih lagi tak percaya yang kaknis dah jadi tunang orang. Hehe. Majlis tunang kaknis, kaknis tak war-warkan sangat. Cukup yang terdekat je tahu. Kat social media pun kaknis cuma repost Igstory yang orang dah tagged kaknis. Untuk kaknis simpan dalam archive. Kebanyakan gambar kaknis tak upload. Rasanya kat sinilah paling banyak kaknis upload. Tu pun lepas kahwin nanti baru kaknis publish. Harap2 kaknis ingat lagi entry ni dalam draft. (turns out memang lupa! haha. Dah 4 bulan lebih kawin dah pun.)

Dah selesai majlis, kaknis kena focus untuk habiskan practical and FYP pulak >< 

Comments

Popular Posts